CLO 1: Menjelaskan konsep etika dan peradaban dalam konteks penghayatannya mengikut acuan Malaysia. (C2)
CLO 2: Menganalisis sistem, tahap perkembangan, kemajuan sosial dan kebudayaan merentas etnik. (A2)
CLO 3: Membincangkan isu kontemporari berkaitan ekonomi, politik, sosial, budaya dan alam sekitar daripada perspektif etika dan peradaban. (A3
The course is designed to provide students with advance level of reading, writing, listening and speaking skills for intermediate (CEFR B1 Upper Level) in different settings and contexts.
Kursus ini mendedahkan kepada pelajar empat kemahiran bahasa yang utama iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis berkaitan frasa harian dan maklumat asas. Kursus ini juga melatih pelajar memberi respons mengikut situasi menggunakan empat kemahiran tersebut. Kursus ini mengikut standard CEFR tahap A1.
Due to the changing environment, firms now are increasingly recognizing the importance of developing intelligence and strategic insights about market and consumers.
Kursus ini mendedahkan pelajar memahami asas literasi komputer dalam dunia hari ini, membezakan komponen komputer dan menggunakan kemahiran komputer mereka untuk membangunkan penyelesaian untuk tugasan umum.
This course aims to analyze the role of retakaful and its potential within the industry by identifying the nature and concept, objectives, and operational mechanism. Students will learn on the operational, regulation of Retakaful and the administration of Retakaful business. Shariah features in Retakaful will be discussed in-depth in the class. Lastly, the discussion towards topics of Retakaful and types of Retakaful currently available and practised in the market will be covered to enhanced the knowledge skills of students.
Kursus ini membincangkan tentang pengenalan kepada Fiqh Muamalat, khususnya berkenaan konsep umum kontrak, konsep umum kerelaan dalam berkontrak serta syarat kepada terma kontrak. Ia juga membincangkan tentang jenis-jenis khiyar, pembatalan dan pembahagian jenis-jenis kontrak serta aplikasinya dalam konteks semasa termasuk larangan-larangan dalam bidang muamalat.
Kursus ini meliputi penggunaan perbendaharaan kata Arab dalam pembentukan ayat dan perkembangan makna perkataan melalui perubahan polanya. Kursus ini juga menjurus kepada cara mengaplikasi dan menggunakan pola perkataan dan struktur ayat daripada bab-bab terpilih morfologi Arab bagi membentuk kepelbagaian ayat. Ia juga berkaitan dengan cara-cara pengubahsuaian ayat dengan menggunakan pola perkataan yang telah berubah strukturnya bersesuaian dengan makna ayat.
Kursus ini membincangkan tentang ilmu Akhlak menurut perspektif Islam. Pelajar akan didedahkan dengan topik- topik berkaitan Akhlak merangkumi pengenalan,skop perbahasan dan kategori akhlak menurut neraca Al-quran dan Al-Hadis. Pelajar juga akan diperkenalkan dengan ilmu Tasawuf dengan pendekatan konsep dan kaedah Tazkiyat al-Nafs (Penyucian Jiwa) serta keperluannya dalam membentuk peribadi Muslim.Pelajar turut dibimbing untuk mengenali cabaran-cabaran pembentukan akhlak serta strategi bagi menangani isu-isu semasa pembinaan dan pengukuhan akhlak mengikut acuan Islam.
Kursus ini membincangkan tentang pengenalan pengucapan awam dan kaitannya dengan dakwah, metodologi dakwah, kepentingan pengucapan, kaedah pembinaan ucapan, ciri-ciri ucapan dan pengucap yang berkesan, jenis-jenis dan bentuk-bentuk pengucapan awam, jenis-jenis audien, kesilapan-kesilapan dalam ucapan dan cara mengatasinya.